Blog Archive

Friday 24 May 2013

TENGAH SYOK MAIN GUITAR HERO, TAPI....

Tapi.... tetiba jer ada si pengacau yang suka buat kacau. Rasa macam nak bagi penumbuk jer. Tapi, kena sabar juga sebab 'sabar itu separuh daripada iman'. Hehe... Nak jadi alim pulak..

Senang kata, hari ini aktiviti aku memang tak banyak. Menghadap TV, main game, buat kerja gila dan marah sesuka hati kat orang.

Esok, akan bermula hari yang sangat menyeronokkan.. Memang dah lama aku nak bunuh kebosanan yang sedang memakan diri aku ni.. Sebenarnya, tak adalah seronok sangat sekadar ke Pantai Merdeka.. Tapi, bak kata orang rezeki jangan di tolak. Betul tak.

Apatah lagi, tahun ni aku akan melalui sesuatu yang sangat dahsyat(dimata aku).. Iaitu, PMR.. Nak meletup kepala aku. Dan, hari-hari kena berleter dengan mak bapak aku. Kadang-kadang geram jugak. Jadi, bila boleh ke Pantai Merdeka, bolehlah aku tenangkan kepala hotak aku ni..

Tapi, memang aku akui yang semua ni untuk kebaikan diri aku. Demi masa depan aku.. Jadi, untuk mencapai cita-cita aku.. aku perlu belajar bersungguh-sungguh... PMR!! I'm coming...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...